Social Icons

Sunday 16 November 2014

KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA SKK SK MANTOB TUARAN SABAH

KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA SKK SK MANTOB TUARAN 2014



KOTA KINABALU: (24 Mei) — Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh Sabah bawah umur 12 tahun akan diadakan di dewan SASS Tamparuli selama tiga hari bermula 28 Mei ini.
Setiausaha penganjur kejohanan itu, Jimin Tibin berkata kejohanan ia bertujuan mencungkil bakat baru dalam arena badminton selain membantu memupuk hubungan erat di kalangan golongan remaja di negeri ini.
Beliau berkata kejohanan itu adalah anjuran SK Mantob Kiulu, Tuaran – salah satu Sekolah Kluster Kecemerlangan peringkat luar bandar di Sabah.
“Ini adalah kejohanan badminton pertama yang dianjurkan oleh SK Mantob, dan kami berharap dapat melahirkan seorang bintang harapan daripada kejohanan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jimin berkata penganjuran kejohanan badminton bawah 12 tahun itu juga merupakan tanda sokongan kepada usaha dan wawasan negara untuk melahirkan lebih ramai jaguh badminton bertaraf dunia seperti Lee Chong Wei, pada masa depan.
Beliau berkata tarikh tutup penyertaan kejohanan itu ialah pada 27 Mei ini. Undian dan cabutan undi akan diadakan di Dewan Kionsom Lama, Tamparuli pada hari yang sama.
Jimin berkata kejohanan tersebut terbahagi kepada kategori perseorangan (Lelaki/wanita) dan bergu (lelaki/wanita).
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Jimin (019-8024516) dan Maidi Rugi (0195334546).

0 comments:

Post a Comment